Akademi Rumah Panahan bermula pada tahun 2021 sebagai sebuah pusat latihan memanah tradisional.
Dengan menggabungkan elemen memanah dan Montessori, kami di Akademi membantu ibu bapa untuk menggalakkan anak-anak bermain dengan aktiviti sunnah ini seawal usia.
Memanah mempunyai kesan yang sangat baik untuk merangsang emosi dan minda manusia. Bahkan ia adalah sebaik baik permainan yang disabdakan oleh Baginda Nabi SAW. Maka, memanah ialah kaedah Montessori semulajadi yang wujud dalam Islam.
Selain merangsang minda dan emosi, memanah juga dapat membentuk sahsiah dan jatidiri pemanah. Bagi kanak-kanak, aktiviti sunnah ini sangat membantu di dalam disiplin mereka.
Keupayaan koordinasi mata, keupayaan mendengar arahan dan seterusnya kebolehan anak-anak ini menaakul data dan maklumat bagi membantu mereka membuat keputusan yang tepat.
Semua ini boleh didapati hanya dengan kerap memanah.
Adab Memanah, Silat & Gymnastik
Di sini juga ditanamkan adab-adab memanah, pengajian kelebihan memanah dalam Islam dan juga teknik panahan Islam berdasarkan mazhab imam-imam panahan seperti Imam Abu Hashim, Imam Ishak dan Imam Tohir.
Selain memanah, disini juga ada aktiviti silat dan gymnastik sebagai satu aktiviti untuk merangsang keseimbangan fizikal kanak-kanak.
Cafe Sihat & Produk
Di Akademi Rumah Panahan kami menyediakan perkhidmatan cafe yang dibuat secara online dan offline. Kami menjual pelbagai jenis produk makanan di platform seperti social media dan website.
Menariknya tentang produk kami, ianya hanya menggunakan produk yang sihat.
Tiada sebarang penggunaan gula putih dan tepung gandum.
Semua produk berasaskan tepung yang ada dihasilkan daripada tepung ‘gluten free’. Kami tidak menggunakan sebarang tepung gandum untuk produk bakery kami seperti kek , muffin, brownies, pastry dan biskut.
Tepung ‘gluten free’ ini dibancuh sendiri oleh kami.
Kami juga tidak menggunakan sebarang gula putih.
Kami hanya menggunakan gula kelapa organik dan gula tebu organik untuk setiap produk kami.
Contohnya kami ada produk susu pekat (condensed milk) daripada gula kelapa organik dan gula tebu organik. Campuran susu lembu 100% dan ‘pure butter’ sahaja.
Semua inilah yang digunakan untuk membuat minuman di cafe kami seperti minuman teh, kopi dan koko asli (100% cocoa). Dan semua produk ini dibuat secara ‘homemade’.
Private Kitchen
Selain itu cafe kami disini juga menawarkan perkhidmatan ‘private kitchen’.
Sesuai bagi sesiapa yang ingin buat event seperti mesyuarat, parti sambutan harijadi dan lain-lain acara di tempat kami. Pelanggan boleh memilih lauk yang sesuai untuk mereka.
Menu nasi yang kami hidangkan di cafe juga menggunakan beras basmathi parboiled. Contohnya nasi minyak kami dimasak dengan ghee dan pure butter.
Digabungkan bersama dengan lauk ayam masak merah yang dimasak dengan gula kelapa organik dan juga lauk kari kambing.
Modul Kurikulum & Ko-Kurikulum
Bermula tahun 2023, Akademi Rumah Panahan mengorak langkah lagi dengan menubuhkan akademi pendidikan untuk pelajar datang belajar disini.
Sebuah modul digabungkan bagi memudahkan pelajar-pelajar disini belajar bukan sekadar agama dan akademik, bahkan ditambah aktiviti kokurikulum yang menarik.
Kurikulum seperti Alquran, alimah dan asas akademik digabungkan.
Mereka akan belajar Al quran dan kitab sehingga 6 tahun untuk melayakkan mereka bergelar seorang alimah seterusnya melayakkan mereka untuk mengambil tauliah mengajar sebagai ustazah atau menyambung belajar di mana-mana yang mereka inginkan.
Ko-kurikulum pula seperti memanah, berkuda, memanah berkuda, bakery, memasak, silat, pertanian dan pengucapan awam. Selain itu aktiviti tambahan seperti berenang dan bersukan termasuk dalam program riadah.
Masa Depan Mereka
Setiap aktiviti ini ada kursus yang boleh mereka teruskan sebagai kerjaya. Contohnya berkuda, mereka boleh ambil kursus untuk berkelayakan sebagai jurulatih dan seterusnya menjadi jurulatih di mana-mana kelab equestrian seluruh dunia.
Memasak dan bakery mereka boleh sertai program TVET yang disediakan oleh kerajaan jika cenderung ke arah itu.
Program ini terbuka untuk semua pelajar lelaki dan perempuan berumur 9 tahun dan ke atas. Penempatan juga disediakan bagi yang tinggal jauh dari lokasi kami.
Lain-lain Program
Di sini juga disediakan program untuk ibu bapa dan orang dewasa.
Bengkel-bengkel mingguan ini dibuka kepada orang ramai seperti bengkel Homeopathy, Gentlebirth, pengajian agama, bekam, Fasdu dan sebagainya.
Kesemua program ini dikendalikan oleh individu bertauliah dalam bidang masing-masing.
Sehingga kini, Akademi Rumah Panahan masih berpusat di Puchong, Selangor.