Tepung Gluten Free 500g

RM15.00

Tepung gluten free ini sangat sesuai bagi sesiapa yang ada alahan seperti eczema, asma, lelah dan kerap berkahak. Semua ini adalah simptom asas alahan pada manusia terhadap gluten dalam tepung gandum.

Category:

Tepung Gluten Free ini asasnya adalah dari tepung beras dicampur dengan tepung jagung, ubi kayu dan ubi kentang. Bebas GMO, sesuai dengan pelbagai jenis masakan seperti cucur, cekodok pisang, brownies, biskut, ayam goreng, pisang goreng dan sebagainya.

Dan kami sertakan bersama juga psyllium husk sebagai ‘gam’ pengikat selain ianya dapat menurunkan GI tepung tersebut.

Tepung ini diolah bagi memastikan orang yang ada alahan pada gluten daripada gandum juga dapat menikmati tepung dalam menu harian mereka. Resepi juga kami sertakan di blog bagi memudahkan pengguna meniru kaedah penggunaan tepung tersebut.

Tepung gluten free ini sangat sesuai bagi sesiapa yang ada alahan seperti eczema, asma, lelah dan kerap berkahak. Semua ini adalah simptom asas alahan pada manusia terhadap gluten dalam tepung gandum.

Dengan menukarkan diet kepada gluten free atau berhenti mengambil gandum, masalah alahan di atas akan dapat dielakkan disamping menikmati juadah sama seperti dahulu. Bezanya dengan menggunakan tepung gluten free sahaja.

Juadah seperti kuih keria, kuih cek mek juga sangat sesuai menggunakan tepung ini. Kerana keledek yang digunakan akan menjadi pengikat semulajadi bagi tepung tersebut. Sama seperti cucuq pisang, buah pisang yang dilenyek itu akan bantu mengikat tepung dan hasilkan produk.

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Tepung Gluten Free 500g”

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Shopping Cart
Tepung Gluten Free 500gTepung Gluten Free 500g
RM15.00
Scroll to Top